PETALING JAYA: βLemon Lawβ akan memberi βtaringβ bagi melindungi pembeli kenderaan terpakai atau baharu yang sebelum ini terpaksa berdepan pelbagai syarat ketika membuat tuntutan jika berlaku kerosakan, kata NGO pengguna.
Namun bagi memastikan keberkesanannya, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menggesa pakar perunding dilantik menyediakan kertas cadangan supaya mendapat pandangan semua pihak berkaitan.
Menyambut baik sasaran membentangkan undang-undang itu seawal sidang Parlimen Mac tahun depan, CEO Fomca T Saravanan berkata pelaksanaannya telah lama dinantikan bagi melindungi pengguna.
βSasaran bentang Mac tahun depan memadai kerana akta baharu memerlukan masa untuk digubal, namun sebelum itu kerajaan boleh pinda undang-undang sedia ada untuk melindungi pembeli kenderaan.
βKita harap kajian turut ambil kira pandangan pemegang taruh dan semua pihak supaya kita ada undang-undang berkesan,β katanya kepada FMT.
Selasa lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Mohd Ali berkata pihaknya telah melantik pakar perunding untuk menyediakan laporan bagi menyiapkan kertas cadangan pelaksanaan βLemon Lawβ.
Kertas cadangan itu akan dibawa ke Jemaah Menteri untuk dipersetujui sebelum dibawa ke Parlimen seawal Mac tahun depan.
βLemon lawβ iaitu remedi undang-undang untuk pengguna membeli kenderaan rosak, sama ada baharu atau lama, yang gagal memenuhi kriteria kualiti serta prestasi dalam tempoh khusus.
Amerika Syarikat, Singapura, Korea Selatan, China dan Filipina antara negara mengguna pakai undang-undang seperti itu.
Pada 2004, Singapura merangkumkan βlemon lawβ dalam Akta Perlindungan Pengguna (Perdagangan Adil).
Cadangan supaya Malaysia mewujudkan undang-undang itu susulan dua laporan kenderaan baru dibeli rosak tular di media sosial pada Januari lalu.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) Jacob George turut menyambut baik hasrat memperkenalkan βlemon lawβ dan berharap ia dapat membawa perubahan berdepan kes kerosakan kenderaan.
βBanyak undang-undang dikatakan melindungi pengguna tetapi tidak dikuatkuasakanβ¦berlaku kelonggaran dan kebocoran,β katanya.


