GABUNGAN PERSATUAN-PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA (FOMCA)
ALAMAT: NO. 24, JALAN SS1/22A,
47300 PETALING JAYA,
SELANGOR
NO. TELEFON PEJABAT: 03-7876 4648 / 03-7876 2009
KAMI MEMERLUKAN SOKONGAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK MENANDATANGANI PETISYEN
https://www.surveymonkey.com/r/Sign_this_petition_to_support_Malaysian_consumers
CAMPUR TANGAN REGULATORI SEGERA TERHADAP KENAIKAN PREMIUM INSURANS DAN PENUBUHAN JAWATANKUASA KAWALSELIA BAGI SYARIKAT INSURANS DAN HOSPITAL SWASTA DI BAWAH PMO
Kepada Gabenor Bank Negara Malaysia,
Kami, rakyat Malaysia, mewakili suara pengguna yang terjejas akibat kenaikan premium insurans yang tidak wajar dan tidak dapat diterima. Kenaikan ini memberi beban besar kepada ramai pengguna, terutamanya golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang kini berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Keputusan ini dibuat pada ketika industri insurans melaporkan keuntungan besar, menimbulkan persoalan sama ada kenaikan ini benar-benar diperlukan dan wajar.
Hospital swasta terus beroperasi dengan pengawasan minimum, menyebabkan kenaikan kos rawatan perubatan yang tidak terkawal. Inflasi perubatan ini memberi kesan langsung terhadap kenaikan premium insurans, dan tanpa pembaharuan sistematik, beban ini diletakkan secara tidak adil ke atas pengguna. Di samping itu, terdapat keperluan mendesak untuk mempertimbangkan pelaksanaan Insurans Kesihatan Sosial bagi meringankan kos sara hidup dan memastikan penjagaan kesihatan kekal boleh diakses dan mampu milik untuk semua. Oleh itu, kami menyeru Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengambil tindakan segera bagi melindungi kepentingan pengguna dan memastikan kenaikan premium ini adalah telus dan wajar.
GABUNGAN PERSATUAN-PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA (FOMCA)
ALAMAT: NO. 24, JALAN SS1/22A,
47300 PETALING JAYA,
SELANGOR
NO. TELEFON PEJABAT: 03-7876 4648 / 03-7876 2009
MAJALAH RINGGIT
Bil. 5 - OKTOBER 2024
Mahukan tip dan maklumat kewangan?
Dapatkan RINGGIT terbitan FOMCA serta Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk rujukan anda.
Baca & Muat Turun kesemua edisi RINGGIT melalui pautan di bawah:
MAJALAH CEKAP
Bil. 6 - OKTOBER 2024
Mahukan tip pengurusan dan kecekapan tenaga?
Dapatkan CEKAP terbitan FOMCA serta Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk rujukan anda.
Baca & Muat Turun kesemua edisi CEKAP melalui pautan di bawah:
MAJALAH GENERASI PENGGUNA
EDISI 2024
MAJALAH GENERASI PENGGUNA EDISI 2024
Mahukan tip dan maklumat pengurusan kewangan?
Dapatkan majalah GENERASI PENGGUNA terbitan FOMCA serta KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP (KPDN) untuk rujukan anda.