Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) telah menubuhkan sebuah Pusat Sumber Badan Bukan Kerajaan (NGO Resource Centre) pada tahun 1992 sebagai titik permulaan untuk mengumpul dan menyebarkan maklumat mengenai Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dalam kerja-kerja pembangunan. Pusat tersebut juga lebih tertumpu kepada pengumpulan bahan-bahan tentang isu-isu berkaitan konsumerism dan keselamatan makanan. Pada Jun 2008, Pusat tersebut telah dinaik taraf sebagai Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna. Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna telah ditubuhkan secara rasmi sebagai organisasi tidak berasaskan keuntungan, iaitu syarikat berhad menurut jaminan pada 16 September 2008.

Visi
Visi Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna adalah untuk mempengaruhi polisi awam dalam menggubal undang-undang yang lebih baik, polisi, program dan penguatkuasaan yang lebih baik untuk meningkatkan perlindungan pengguna dan juga mendidik pengguna untuk menjadi rakyat yang proaktif dan lebih bertanggungjawab dalam kehidupan mereka sebagai pengguna.

Misi
Untuk meningkatkan kebajikan dan kepentingan pengguna melalui perlindungan dan pendidikan yang lebih baik.

Tema Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna ialah:
”Meningkatkan Perlindungan Pengguna dan Memperkasa Pengguna melalui Pembelaan dan Pendidikan”

Nilai – CRRC

  • Menghargai individu konsumer dan percaya bahawa setiap konsumer patut menggunakan hak-haknya sebagai pengguna dan menjalani kehidupan berdasarkan tanggungjawab pengguna.   
  • Percaya dalam memproses bukti – berdasarkan pembelaan untuk mempengaruhi pihak berkuasa.
  • Percaya dalam pembangunan lestari, meningkatkan perlindungan diri dan bergantung kepada diri sendiri.   
  • Nilai di dalam hubungan baik dengan kerajaan

Bidang penyelidikan yang penting untuk CRRC:

  • Harga makanan
  • Penswastaan sistem kesihatan   
  • Pengangkutan awam   
  • Pengaruh media kepada kanak-kanak   
  • Penggunaan lestari
  • Keselamatan makanan   
  • Jaminan makanan
  • Isu alam sekitar