
Beliau berkata jika kawasan merokok perlu, ia harus menyokong objektif menyahnormalkan tabiat merokok seperti menawarkan keselesaan kepada perokok, termasuk perlindungan dan tempat duduk.
“Hanya kotak bertanda merah di atas lantai (perlu disediakan),” kata Sha’ani dalam satu kenyataan.
Tambahnya, kanak-kanak tidak seharusnya terdedah kepada kawasan tersebut, bagi mengelakkan mereka terjebak dengan tabiat merokok.
Beliau berkata perokok perlu menunggu sekurang-kurangnya 45 minit selepas merokok sebelum masuk ke dalam rumah kerana asap rokok mengambil masa lapan hingga 10 jam untuk hilang dari paru-paru mereka.
Minggu lalu, Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata kementeriannya akan mempertimbangkan kawasan khas merokok khususnya bagi premis makanan di kawasan sempit sepertimana dilakukan di negara maju seperti Singapura, Jepun dan Hong Kong.
Penekanan tersebut diberi kepada premis di kawasan sempit dan agak sukar mematuhi jarak tiga meter untuk merokok yang dikuatkuasakan ketika ini.
Bagaimanapun, semalam beliau berkata syor itu belum muktamad dan terbuka dibincangkan.