SHAH ALAM - Memboikot dan melaporkan peniaga yang bertindak menaikkan harga barangan dan perkhidmatan dengan kadar melampau antara perkara wajar dilakukan orang ramai bagi βmenunjukkanβ kuasa sebagai pengguna.
Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Saravanan Thambirajah berkata, langkah itu perlu bagi memberi pengajaran kepada peniaga tamak yang mengambil kesempatan sejak kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dilaksanakan.

Menurutnya, pihaknya sendiri menerima banyak aduan daripada pengguna bahawa terdapat kenaikan harga makanan dan barangan lebih daripada yang dijangkakan.
βAduan bukan hanya melibatkan peniaga makanan atau barangan tidak terlibat kenaikan SST, tetapi walaupun dikenakan SST, ada peniaga sengaja naikkan harga melebihi kadar yang ditetapkan kerajaan.
βJadi kalau terdapat isu-isu begini, sebagai pengguna lapor terus kepada KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup).
βPaling penting elakkan berbelanja di kedai tersebut kerana peniaga sengaja ambil kesempatan,β katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Beliau mengulas amaran diberikan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh kepada peniaga yang tidak terlibat dengan kenaikan SST agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan bagi mengaut lebih keuntungan.
Ini kerana tindakan tersebut adalah tidak bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan jika didapati bersalah.
Mengulas lanjut, Saravanan berkata, dalam keghairahan pengguna untuk menunjukkan kuasa, penting agar tidak keterlaluan dan mengikut emosi semata-mata tanpa memikirkan impak buruk yang boleh berlaku.
βSekarang zaman suka tular di media sosial. Jadi sebagai pengguna, jangan terus tularkan. Jangan ikut emosi, tapi ikut undang-undang sedia ada.
βLaporkan sahaja kerana KPDN ada kuasa untuk turun padang untuk siasat dan ambil tindakan seterusnya. KPDN juga perlu terus aktif,β katanya.
Tambah beliau lagi, pengguna juga boleh memainkan peranan mendidik peniaga dengan menjelaskan kesalahan yang dilakukan sekiranya mendapati berlaku kenaikan harga yang tidak munasabah.
βMungkin ada peniaga yang tidak peka, jadi sebagai pengguna, kita boleh beri nasihat kepada mereka berkenaan ketetapan kerajaan kerana tidak semua peniaga faham maklumat,β katanya.