PROGRAM PENGURUSAN KEWANGAN FOMCA-BNM 2016
Program Pengurusan Kewangan ini telah dianjurkan oleh FOMCA, dengan kerjasama Bank Negara Malaysia dan diselaraskan oleh Pertubuhan Hal Ehwal dan Pengguna Negeri Sabah (CAPS). Program ini mengandungi dua objektif utama, iaitu untuk memberi kesedaran serta pendidikan kewangan kepada penduduk luar bandar, terutama di Negeri Sabah. Program ini bertujuan supaya golongan ini akan dapat menguruskan kewangan mereka agar lebih baik, dan juga untuk menggalakkan orang ramai untuk menyimpan duit di dalam bank, yang lebih selamat.
Pada tahun ini, Bank Negara Malaysia telah memilih beberapa daerah di Negeri Sabah untuk dijadikan tempat berlangsungnya program, antaranya daerah Kota Belud, Ranau, Kundasang, Lahad Datu,Tawau, Nabawan, dan Keningau. Program ini telah disertai oleh beberapa agensi seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Agro Bank di setiap cawangan.
Di dalam program ini, terdapat beberapa skop perbincangan yang telah dijalankan, antaranya “Bagaimana untuk merancang kewangan agar lebih baik?”, “Bagaimana menyediakan bajet harian, bulanan dan tahunan?”, “Bagaimana hendak menguruskan hutang dan perbelanjaan berhemat?” dan “Penipuan Kewangan atau Scamming”, Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), dan sedikit latihan berkaitan kewangan. Semua sesi ini berlangsung selama tiga jam.
Tempat : Dewan Kg Bangkahak Lama, Tempasuk, Kota Belud, Sabah.
Tarikh : 17 Julai 2016 (Ahad)
Masa : 9 Pagi - 12 Tengahari
Tempat : Dewan Kg Tagudon, Kadamaian, Kota Belud, Sabah.
Tarikh : 17 Julai 2016 (Ahad)
Masa : 2 Petang - 5 Petang
Tempat : Dewan Kg Lipasu, Paginatan, Ranau, Sabah.
Tarikh : 19 Julai 2016 (Selasa)
Masa : 9 Pagi - 12 Tengahari
Tempat : Balairaya Kg Kinandusan, Kundasang, Ranau, Sabah.
Tarikh : 19 Julai 2016 (Selasa)
Masa : 2 Petang - 5 Petang
Tempat : Pejabat Daerah Kecil Tungku, Lahad Datu, Sabah.
Tarikh : 21 Julai 2016 (Khamis)
Masa : 9 Pagi - 12 Tengahari
Tempat : Dewan Serbaguna TLDM Tanjung Batu, Kalabakan, Tawau, Sabah.
Tarikh : 24 Julai 2016 (Ahad)
Masa : 9 Pagi - 12 Tengahari
Tempat : Dewan Kg Blok 31, Balung, Tawau, Sabah.
Tarikh : 24 Julai 2016 (Ahad)
Masa : 2 Petang - 5 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Unit Pemimpin Masyarakat Merotai, Kalabakan, Tawau, Sabah.
Tarikh : 25 Julai 2016 (Isnin)
Masa : 2 Petang - 5 Petang
Tempat : Dewan Kg Murni B, Nabawan, Pensiangan, Sabah.
Tarikh : 27 Julai 2016 (Rabu)
Masa : 9 Pagi - 12 Tengahari
Tempat : Balairaya Kg Tagai, Bingkor, Keningau, Sabah.
Tarikh : 27 Julai 2016 (Rabu)
Masa : 2 Petang - 5 Petang