07 Februari 2022
SHAH ALAM - Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) supaya mendesak syarikat insurans untuk mengeluarkan βEndorsement 106β dan istilah bengkel panel daripada polisi perlindungan kereta persendirian.
Presiden Fomca, Profesor Datuk Dr N Marimuthu berkata, langkah itu penting bagi memastikan kebebasan kepada pengguna untuk membuat pilihan terhadap mana-mana bengkel yang berdaftar di bawah Skim Pembaikan Diluluskan Persatuan Insurans Am Malaysia (PARS).
Jelas beliau, perkara itu juga perlu dilaksanakan kerana βEndorsement 106β yang menetapkan pelanggan polisi untuk menghantar kenderaan kepada bengkel khusus itu telah dibatalkan oleh BNM pada 2016.
βFomca serta NCCC (National Consumer Complaint Centre) menerima banyak aduan berkenaan dengan penanggung insurans yang mendesak pengguna untuk mengalihkan kenderaan mereka ke bengkel panel mereka.
βSyarikat insurans menjadikannya lebih menyusahkan pengguna kerana kelewatan dalam memberikan perkhidmatan yang diperlukan.
βSesetengah pengguna hanya mempunyai satu kenderaan untuk digunakan dan ramai yang terpaksa keletihan mental kerana perkara ini.,β katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.


