SEBERANG PERAI - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima laporan peningkatan kes kebakaran terbuka dalam jumlah berganda pada bulan Februari berbanding Januari lalu berikutan keadaan cuaca panas yang sedang melanda di seluruh Semenanjung.Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, pihaknya mencatatkan sebanyak 1,936 kes kebakaran terbuka pada Januari 2019 berbanding 3,054 kes pada Februari lalu.“Jika dibandingkan dengan tahun lalu, tahun ini menunjukkan bahawa bahang disebabkan kepanasan ini adalah lebih dahsyat apabila perangkaan pada Februari meningkat mendadak dan situasi itu dijangka akan berterusan sehingga April.