KUALA LUMPUR: Wanita lebih ramai terdedah kepada kes penipuan apabila mempercayai bulat-bulat setiap promosi iklan ketika berurusan membeli-belah pelbagai jenis produk kecantikan dan kesihatan menerusi platform dalam talian.Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata paling banyak aduan diterima dalam kalangan wanita mengenai kualiti, promosi pengiklanan dan testimoni sesuatu produk kecantikan dan kesihatan.
Katanya, kes penipuan itu jelas membuktikan kesedaran dan kepekaan pengguna masih rendah, sebaliknya teruja membeli tanpa usul periksa.FOMCA menerima kira-kira 4.3 peratus atau 406 kes daripada 10,160 aduan sepanjang 2017 membabitkan penipuan berkaitan produk kosmetik dan kesihatan.“Saya percaya wanita lebih ramai yang gemar melayan laman sosial dan mudah tertarik membeli barangan terutama produk kecantikan.“Ada juga yang ditipu dari segi harga, masalah penggunaan kad debit dan kredit,” katanya dihubungi BH Online.
Beliau berkata, pelanggan sepatutnya tidak mudah terpengaruh dengan iklan tawaran harga rendah kerana kurang pengetahuan terhadap aspek keselamatan produk.Majoriti mangsa biasanya wanita yang tidak mengambil berat status perniagaan sama ada berdaftar atau tidak, sebaliknya mudah terpengaruh dengan iklan murah menerusi laman sosial.“Bagi saya barangan kosmetik dan ubat pelangsing dijual secara dalam talian sebilangannya tiada jaminan ketulenan dan perlu mendapat deskripsi pakar kesihatan.“Lazimnya lelaki pula lebih kerap menjadi mangsa penipuan menerusi pembelian produk gajet,” katanya ketika dihubungi BH.
Beliau berkata, ramai wanita malas ke pusat beli-belah, sebaliknya dengan sentuhan hujung jari menerusi iklan di Facebook dan Instagram yang tawarkan harga rendah berbanding di kaunter.Pelbagai kemudahan ditawarkan penjual dalam talian meningkatkan minat wanita untuk membeli produk walaupun tidak tahu apa risikonya kepada mereka.Mohd Yusof berkata, pengguna dinasihatkan membeli produk yang mempunyai deskripsi diluluskan pihak berkuasa dan hanya disarankan doktor bertauliah.“Kita sedar, kebanyakan iklan produk dan kosmetik di laman sosial menggunakan testomoni tidak sahih yang berupaya menarik minat pembeli untuk membuat pembelian.
Mohd Yusof Abdul Rahman. - NSTPSairien Nafis - “Ia membahayakan kesihatan dan keselamatan pengguna jika tidak mematuhi aspek keselamatan kerana semua produk kecantikan atau kosmetik perlu mendapat notifikasi Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan,” katanya.Pengetua Muslim Swimming and Sports Academy, Jazredal Aboo Bakar, berkata wanita ada kuasa beli yang besar menjadikan mereka sebagai golongan sasaran pihak tidak bertanggungjawab.Bagi berkerjaya mereka mahu penampilan diyakini mengikut keperluan profesion menjadikan solekan sebagai keperluan utama menjadikan mereka memilih teknologi terkini yang lebih mudah dan pantas.
“Kekangan masa, daya tarikan iklan dan kuasa beli tinggi faktor utama wanita mudah ditipu. Mereka tidak fikir panjang dan atas alasan mahu cuba. Jika tak bernasib baik, pasti mereka jadi mangsa keadaan,” katanya.Suri rumah, Nor Atiqah Mohd Rahani, 31, berkata testimoni digunakan penjual menjadi daya tarikan utama proses jual beli berjalan lancar di laman sosial.“Kesibukan wanita menguruskan anak dan bekerja, membuatkan tiada masa ke kaunter sah untuk membeli barang. Pengaruh iklan menggunakan artis atau artis, menjadikan wanita tidak fikir panjang dan terus membeli produk disukai.“Wanita suka mencuba benda baharu meningkatkan lagi risiko ditipu dan diperdaya bertujuan meningkatkan jualan,” katanya.Peniaga makanan, Tuan Nurfaradella Tuan Azmi, berkata wanita bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan, tamak dan gemar mencuba sesuatu yang ‘trending’ di laman sosial.“Wanita perlu celik dalam segala perkara supaya tidak ditindas dan menjadi mangsa peniaga tidak bertanggungjawab,” katanya.