KAMI MEMERLUKAN SOKONGAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK MENANDATANGAN PETISYEN SERUAN SEGERA UNTUK CAMPUR TANGAN REGULATORI TERHADAP KENAIKAN PREMIUM INSURANS DAN PENUBUHAN JAWATANKUASA KAWALSELIA SYARIKAT INSURANCE DAN HOSPITAL SWASTA DI BAWAH PMO
https://www.surveymonkey.com/r/Sign_this_petition_to_support_Malaysian_consumers
Kepada Gabenor Bank Negara Malaysia,
Kami, rakyat Malaysia, mewakili suara pengguna yang terjejas oleh kenaikan premium insurans yang tidak wajar dan tidak dapat diterima. Kenaikan ini membebankan ramai pengguna, terutamanya golongan berpendapatan sederhana dan rendah, yang kini berdepan dengan kos sara hidup yang meningkat. Keputusan ini dibuat pada waktu industri insurans melaporkan keuntungan besar, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada kenaikan ini benar-benar diperlukan dan wajar.
Hospital swasta terus beroperasi dengan pengawasan minimum, menyebabkan peningkatan kos rawatan perubatan yang tidak terkawal. Inflasi perubatan ini memberi kesan langsung kepada premium insurans yang semakin meningkat, dan tanpa pembaharuan yang sistematik, beban ini diletakkan dengan tidak adil ke atas pengguna. Oleh itu, kami menyeru Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengambil langkah segera melindungi kepentingan pengguna dan memastikan bahawa kenaikan premium insurans ini adalah telus dan wajar.
Baca selanjutnya / Read More