MOT harap lebih banyak penerbangan ditawar, turunkan harga tiket
- Details
KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan (MOT) mengharapkan lebih banyak kapasiti penerbangan ditawarkan bagi menurunkan harga tiket kapal terbang ketika ini yang didakwa mahal dan membebankan rakyat.
Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, sekiranya syarikat penerbangan berbuat demikian harga tiket kapal terbang dapat diseimbangkan.
Menurutnya, harga tiket kapal terbang dipengaruhi banyak faktor termasuk peningkatan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) dan kenaikan harga minyak serta sewa pesawat yang menjadikan kos operasi semua syarikat penerbangan meningkat mendadak.
“Namun begitu kita amat mengharapkan supaya lebih banyak penawaran, lebih banyak kapasiti dan lebih banyak pesawat terbang.
“Sekiranya lebih banyak kapasiti maka ia dapat mengimbangkan harga tiket kapal terbang ini,” katanya semasa waktu pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat pada Khamis.
Read more: MOT harap lebih banyak penerbangan ditawar, turunkan harga tiket
4,100 isi rumah berpendapatan rendah terima manfaat IPR
- Details
KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang menyasarkan peningkatan pendapatan golongan miskin tegar dan kumpulan B40 telah memberikan manfaat kepada 4,100 isi rumah sehingga kini, Dewan Rakyat diberitahu.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, IPR merupakan satu daripada langkah intervensi bersifat jangka masa pendek dan sederhana yang dilaksana kerajaan dalam usaha menoktahkan kemiskinan tegar tahun ini.
"IPR yang dilaksana meliputi penyediaan eksosistem yang lengkap dan bantuan bukan wang yang diberi kepada peserta bagi menyokong dan menggalakkan mereka menjalankan aktiviti ekonomi bagi menjana pendapatan tambahan secara mampan.
"Untuk makluman, sehingga kini kira-kira 4,100 isi rumah telah mendapat limpahan manfaat hasil pelaksanaan IPR,” katanya pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri, di Dewan Rakyat di sini pada Khamis.
Read more: 4,100 isi rumah berpendapatan rendah terima manfaat IPR
Guna ‘Price Catcher’ sebelum beli ayam
- Details
PETALING JAYA – Orang ramai disaran menggunakan aplikasi Price Catcher sebelum membeli ayam.
Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil berkata, ia bertujuan mendapatkan harga yang terbaik.
“Harga ayam naik? Guna Price Catcher untuk cari harga ayam terbaik berdekatan anda!,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Aplikasi Price Catcher membolehkan pengguna membuat perbandingan harga barangan di 1,500 premis di seluruh negara.
Kerajaan baru-baru ini mengumumkan subsidi dan kawalan harga bagi ayam ditamatkan bermula 1 November lalu.
Ia bagi mengurangkan ketirisan subsidi yang turut dinikmati warga asing dan golongan berpendapatan tinggi.
Bagaimanapun subsidi serta kawalan harga bagi telur ayam gred A,B dan C diteruskan.
Pengumuman itu menimbulkan kebimbangan ramai akan menyebabkan harga ayam naik.
Harga purata ayam RM8.51 sekilogram
- Details
SHAH ALAM - Harga purata ayam bersih standard peringkat nasional adalah RM8.51 per kilogram berdasarkan pemantauan dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada Jumaat.
Bagi harga purata di Semenanjung Malaysia adalah RM8.46 per kilogram, di Sabah (RM11.61), Sarawak (RM10.14) dan Wilayah Persekutuan Labuan (RM12.50).
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, pemeriksaan dan pemantauan harga barang dilakukan di Pasar Awam Presint 8, Putrajaya dan Pasar Awam Kajang, Selangor.
"Tujuan pemeriksaan dan pemantauan ini dilaksanakan bagi meninjau situasi semasa yang berlaku di lapangan berhubung penjualan ayam susulan penamatan subsidi dan kawalan ke atas harga ayam bermula 1 November 2023.
"KPDN telah menggerakkan lebih 2,200 orang anggota penguat kuasa di seluruh negara untuk menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723).
Program Jualan Rahmah Perdana dianjur sempena Deepavali
- Details
KUALA LUMPUR - Program Jualan Rahmah (PJR) Perdana sempena sambutan Deepavali akan diadakan bagi mengurangkan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah (B40) dan miskin tegar.
Program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu menawarkan barangan keperluan asas pada harga lebih rendah dalam skala yang besar.
KPDN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan, pasar raya yang terlibat dalam PJR Perdana kali ini adalah Aeon Big, Giant, NSK, KK Mart, Mydin dan Hero Market.
"Sebanyak enam barang keperluan asas utama akan dijual dengan harga rendah dan telah didiskaunkan," menurut kenyataan itu pada Jumaat.
Kenyataan itu turut memaklumkan, antara barangan keperluan harian ditawarkan pada harga lebih rendah dari pasaran setempat ialah ayam, beras, minyak masak, telur ayam, bihun dan sardin.
"Program ini juga diharapkan dapat untuk membantu bagi meringankan beban perbelanjaan isi rumah rakyat Malaysia," katanya lagi.
Bagi tujuan sama sebelum ini, (KPDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah melaksanakan PJR secara bergerak di 11 kawasan Parlimen di Kuala Lumpur pada 24 Jun hingga 1 Ogos yang lalu.
Pengguna perlu bijak bandingkan harga ayam - FOMCA
- Details
KUALA LUMPUR - Susulan bermulanya pengapungan harga ayam pada Rabu, pengguna disaran bijak memilih lokasi bagi membeli bahan mentah itu pada harga yang sesuai dengan kemampuan masing-masing.
Bendahari Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Nur Asyikin Aminuddin berkata, cara paling mudah untuk membuat perbandingan harga adalah melalui aplikasi mudah alih ‘Price Catcher’ yang dibangunkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
"Pengguna sudah boleh buat pilihan, bila harga diapungkan, maknanya harga itu dah kembali ke fitrah asal ekonomi iaitu penawaran dan permintaan,” katanya kepada Bernama.
"Jadi kita sebagai pengguna boleh membuat pilihan terutamanya melalui aplikasi Price Catcher yang bukan sahaja boleh membuat perbandingan harga ayam, tetapi juga bahan lain.
"Jadi kita boleh tengok pasar raya mana yang menjual ayam (pada harga yang) lebih rendah,” tambahnya.
Read more: Pengguna perlu bijak bandingkan harga ayam - FOMCA
Consumers will still buy poultry even if prices go up
- Details
KUALA LUMPUR: Consumers say they have no choice but to continue buying chicken even if prices increase after Putrajaya ended price caps for the popular meat.
Norhaslina Md Radzi told The Star that this is because chicken has become a household staple for many families.
The 39-year-old mother of four from Ampang said she buys at least two birds at a time, which lasts for up to two days.
“I am afraid the floating price of chicken will make it expensive for us, so I would still prefer if they had a ceiling price.
“My kids love to eat chicken, and they can even fry it themselves. So, for families like mine, we will still buy even if the price goes up,” she said when met at the Chow Kit market here yesterday.
Read more: Consumers will still buy poultry even if prices go up
Allow online scam victims to sue companies, says NCCC
- Details
PETALING JAYA: Victims of online fraud, including data phishing cases, should be able to take legal action against companies under the Personal Data Protection Act (PDPA) 2010, according to the National Consumer Complaints Centre (NCCC).
NCCC chief executive officer Indrani Thuraisingham said that during the engagement session on the act’s amendment, the government recommended that authorities be able to act against any party, including financial institutions and telcos, should there be a data breach.
“However, users currently do not have room to take civil action against these industries. So, we hope this can be implemented.
“(The government should) follow the European Union’s excellent General Data Protection Regulation to protect users,” she told FMT.
Read more: Allow online scam victims to sue companies, says NCCC
Cost of Living Ministry prepared for any commodity price fluctuations, cartel risks
- Details
SERDANG: The Domestic Trade and Cost of Living Ministry is prepared to act upon the emergence of any cartel attempting to control prices of chickens or eggs.
Acting minister Datuk Armizan Mohd Ali admitted it was possible there were risks of cartels cropping up following the government's move to consider floating the prices of the two commodities.
However, he pledged the ministry will do all it can to prevent such a thing.
"There are certain goods that we may float (the price). And when certain goods are floated, there is a risk of cartels being formed.
"Cartels can take the form of price agreements, production alliances, market agreements and similarly, in government procurement, this risk is increasing," Armizan told reporters after attending the signing of a memorandum of understanding (MoU) between the Malaysian Competition Commission (MyCC) and Universiti Putra Malaysia (UPM) here today.
Read more: Cost of Living Ministry prepared for any commodity price fluctuations, cartel risks
Cashless Boleh 3.0 - Lebih 80 peratus sektor awam catat penembusan pembayaran digital
- Details
PUTRAJAYA: Agenda digitalisasi kerajaan melalui Kempen Pembayaran Tanpa Tunai dan Cek Peringkat Nasional Siri Ketiga (Cashless Boleh) yang dimulakan sejak 2020 dengan sokongan Payment Networks Malaysia Sdn Bhd (PayNet) semakin menunjukkan momentum perkembangan yang positif.
Hasil penganjuran edisi ketiganya, kempen Cashless Boleh 3.0 berjaya mencatatkan kadar penembusan pembayaran digital sektor awam secara keseluruhannya pada tahap 81.3 peratus, peningkatan lebih 22 peratus dari 58.8 peratus sejak 2021.
Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang turut melepasi 80 peratus penembusan pembayaran digital, serta lapan kementerian dan agensi awam yang sebelum ini berasaskan transaksi tunai juga mencapai penembusan pembayaran digital penuh.
Mereka adalah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN); 155 pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT); Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI); Jabatan Imigresen Malaysia (JIM); Majlis Amanah Rakyat (MARA); Mahkamah Persekutuan Malaysia (MPM); Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO); dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Read more: Cashless Boleh 3.0 - Lebih 80 peratus sektor awam catat penembusan pembayaran digital
Page 1 of 92